Thursday, July 8, 2010

Note to self: Lelaki + Merajuk = Ummm~

Please pardon me for using my mother tongue plus a little bit of English terms as I find it much easier to express what I'm about to write. And enjoy the post just as much as I enjoy scribbling and I did a lot of reading which I can now sum up in this one big juicy post. \(^__^)/

Hurm adalah agak susah untuk saya cernakan statement kat atas tuh. Memandangkan saya masih zero dalam bab2 courtship ini, saya perlukan banyak pembacaan dan pengalaman, and of course saya extract and nilai dari pengalaman2 orang lain. Jadi ini adalah untuk mental note saya bila menghadapi situasi semacam ini.

Pada kelazimannya, perempuan yang rajin merajuk sebab secara fitrahnya dia dikurniakan emosi yang tinggi untuk dikongsi bersama suami dan anak2. Maka tidak hairan lah untuk saya katakan wanita kuat merajuk.


Akan tetapi untuk lelaki merajuk adalah sangat bizzare! Bukan lah saya nak kata tak boleh nak merajuk tapi hakikatnya mereka lebih rasional dalam menilai kerana nafsunya tak terpecah pada banyak bahagian. Hence they are more calm and collected people. Apa2 pun perlu diingatkan tak semua lelaki sama. Ada yang dikurniakan hati yang halus untuk merasa perasaan merajuk itu sendiri =)

Jadi, ape tanda2 yang menunjukkan si dia merajuk?

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tau denagn kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan denagn kawan saya tadi"

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je!

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer

*Dalam kata lain si Dia akan completely ignore kite yang sedang berusaha jernihkan suasana*

Maka ape tindakan susulan kita? Kalau dah jadi macam gini?

1. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis"

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang disebutkan tadi.

4. Ukirkan senyuman

Bila hati tengah berdarah, eloklah diberikan senyuman si Dia agar dapat menyejukkan sedikit radang di hati. Ia juga adalah sebagai satu latihan untuk memberikan positive outlook kepada si tukang pemujuk. Akan tetapi jangan lah pule senyum kambing..itu tak ikhlas namenye. Senyuman itu kan menzahirkan keikhlasan. Bila si Dia nampak apa yang terpamir di wajah mungkin aja rajuknya hilang.

5. Belikan hadiah

Tak perlu belikan barangan yang mahal2 untuk pujuk si Dia, *mungkin pada certain2 time ada keperluan depending on apa rajukannya*. Belikan aje barang2 yang die suke, contoh, kalu si Dia suke makan makanan manis2 belikan lah gule2 ke, cekelat ke,eksem ke bagi kat die dengan ikatan reben. Kalu rajin belikan satu kad kecik selitkan kata2 kemaafan kat makanan tuh...insyAllah terubat. Tapi kalu kite dah bagi die tak nak, duk depan die and makan makanan tuh depan die, sure die tak merajuk dah.

6. Kirimkan SMS/MMS/VSMS

Tak semestinye bila ada perhubungan jarak jauh HP itu hidup, duduk sebelah menyebelah pun buleh texting juge..lagi seronok.Dapat tengok reaksi si Dia time tuh juge. Hantarkan sedikit lawak jenaka atau ayat2 jiwang untuk si Dia lepas tuh hadap muke die tengok ape die buat. Kalu die bukak inbox, alhamdulillah satu petanda baik. Kalu tak buat2 tak tau..kene lah gune teknik lain.

7. Nyanyikan lagu buatnya

Ha…tips ini merupakan tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya. Tapi bagi yang berani aje lah. Tak kesahlah suara sesengau William Han tuh janji ikhlassss~

Kalau tak jalan juge..ini adalah last resort yang sangat risky.

8. Buat bodoh

Setelah teknik2 di atas tak berjaya, bagilah sedikit ruang waktu untuk die tenangkan fikiran and recap balik ape yang berlaku. Saya percaya, lelaki dalam masa satu hari, mereka dapat menganalisa apa yang telah berlaku dan apa langkah yang patut diambil. Esok harinya sure si Dia akan mula berhubung dengan anda kembali. Tapi perlu diingatkan teknik ada risk untuk ditinggalkan kekasih yea kengkawan! =P

Tapi kalu si Dia masih berdiam diri, ulang semula teknik kat atas tuh..janji jangan putus asa. Tak menyesal kalu perahkan sedikit keringat untuk yang tersayang.


Senang bicara dari melakukan bukan? Memang tidak dinafikan semua tips di atas memerlukan latihan yang secukupnya. Yang paling penting adalah berani mencuba. Biar mulanya nampak bodoh aje kalu buat mende2 cam gitu, nampak tercalar sedikit rasa ego dalam diri *pompuan pun ada egonye* tapi tolak lah mende2 tuh ke tepi ini lagi penting dari reputasi diri. Love works in two ways..so kenalah ada toleransi cube fikirkan macam gini..hari ni hari die merajuk, esok2 hari aku plak merajuk..haaa tak gitu.

Apa2 pun tips2 yang dinyatakan di atas ini adalah untuk peringatan diri sendiri dan ingin dikongsi pada yang sudi membaca. Sama2lah kita saling sayang menyayangi kan Bunbun Busuk Itam? =)


8 comments:

  1. komen chiisako:
    hmm.. first skali. kalu majuk msti r masam muka. xkn nk sengih, xsmpai msg nnt =p

    2ndly, did u mean wiliam hung? ija, fakta salah tu. hehe..

    3rdly, the best way is to buat org majuk gelak. well, at least it works for me =) *hint2*

    ReplyDelete
  2. heh mane awak tau..ada orang majuk wat muke sengih2..contoh cikgu matematik saye mase form 3, die kalu bengkek atau merajuk die ketawa kuat2..tak ke pelik tuh..

    alah hung eh?? mane lah saye tau..
    hehe yang saye tau die nyanyi she bangs she bangs aje =P

    eh tak de lah tipooo...awak kalu merajuk sogok makanan aje...saye tau! =P

    ReplyDelete
  3. owh, tu die xnk tunjuk die majuk kot. cover cool r katekan.. lgpn die cikgu awk, so sy xheran klu die plik pn =p

    hehe.. makanan sy blh tolak, eventho nnt nyesal. tp sy ni ssh nk cover glak terhadap sesuatu yg lawak, so tu lg berkesan la kot. kehhehe

    ReplyDelete
  4. hooo asal saye punye aje seme pelik eh..
    cam gitu awak pun pelik lah sebab kawan ngan saye! ahaaaa~ =P

    elele tolak tepi konon...tengok cheesecake ngan kukis aje dah terliur sampai satu kotak awak rembat baru nak tolak tepi...usah dikau memperdayakan diri ini fazli..ngehehehe

    ReplyDelete
  5. ayamak, mayunye shayee =P
    insyaAllah, shame2 la tite =)

    ReplyDelete
  6. teehehe..ada owang tuh dah termayu dah =P

    AMEEN~

    ReplyDelete
  7. well.. awk ingt sbb pe sy plik, ha?? =p

    hoho.. awk xtgk lg bl sy tolak mknn ketepi.. merana seh!!

    ReplyDelete
  8. eh takde2..bukan sebab saye awak jadi pelik.saye tak de kaitan dalam hal kepelikan awak tuh!! lalalaaaa~

    awak sure torture diri..itulah padah nye.bih tuh ada kurus2 tak? =P

    ReplyDelete


Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby Bun2

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers