Monday, July 25, 2011

Aku bernama PUAN

Hoho gile lame aku tak update blog...ape pasal eh?

sebab nye aku ni bukanye blogger tegar dan..
aku dah ada kehidupan lain dah sekarang *dengan nada berlagak*

hahaha caye tak caye aku dah kawen sebulan lebih yang lepas. Ha tup tap tup tap aje kan. Al maklum lah rezeki dah memanggil jodoh pun datang ketuk pintu aku.


Macam mane hidup berlaki n berkeluarga baru ni eh??

Mesti tertanya-tanya camne kan??

Aku tau dah..sebab aku dulu pun macam tu pikir macam2 sampai kadang2 gugur berbilion2 rambut kat kepala ni.

Life after marriage same aje lebey kurang mase single, cume yang berbeza korang dah ada networking yang sangat meluas dalam sekelip mata. Korang dah ada dua famili tuk bermanja plus korang dah ada laki untuk dibuli dan dikentutkan..haha.

Ye mule2 mmg rasa cuak tahap gaban kan tapi bile dah redah...small matter aje. Sape yang pandai mingle around tu mmg bonus point lah..aku amek masa sikit terkedek2 tapi so far Alhamdulillah...nanti korang tau lah macam2 along the way. After all life is a long learning process. Yang penting rileks n selalu cakap "No problem" macam laki aku selalu cakap..teehehe it really helps! A lot!! *ade la gak kadang2 rase nak kentut aje kat die kan tapi sedikit sebanyak dapat lah kurang kan rasa cuak tu*

Pastu, ape lagi eh..ha tinggal dengan mak n pok mentua..
Sure thing ko kene siapkan ape2 yang patut tuk diri macam mende2 basic macam pakaian.
Jangan lah sedap2 badan aje nak pakai seksi..agak2 la dah duduk rumah orang tu. kalau kat rumah sendiri tak pe. aku sendiri pun tengah adjust2 dengan keluarga baru ni. Alhamdulillah kalau kite ikhlas tak de masalah punye la =)

Then comes the decision makings. dulu sorang2 tak banyak mende nak kene pikir n buat keputusan..sekarang dah berdua dan beranak pinak seterusnye, kene lah pikir lebey sikit dan plan ahead. Dari segi kewangan misalnya, bagi yang baru nak mule mmg lah mende perkara paling atas dalam list. best way is duduk berbincang time tak de keje tu..haha

Overall, hidup lepas jadi puan ni sure thing ada ups and downs...tapi buat masa sekarang ni..banyak ups lagi sebab baru kawen kan =P

So dengan ini aku sarankan, jangan kapel lelame kawen cepat2 okeh geng =D

Kami selepas kawen masih pasangan comel lagi =D

Sunday, May 29, 2011

Bad Day


Could it be worse??
Might be..

There is no more sweetness in the blood...
That's just a HUGE FAT LIE!!
What I have now is BOILING blood.
Boiled with anger, frustration and stupidity.

It feels like it doesn't matter any more.
I am now blinded by all these small little things..
But this small little things matters to me.

It's as though all the ones that I cared didn't give the same in return.
Sorry to have thought of that..
But I couldn't help but to wonder am I not worthy enough?
Damned the devils for overpowering my mind right now
And they did pretty well at the right moment, at the right time...

Just hope that I will just erase this stupid crap and moved on..
I have got bigger fish to fry..
If you're not with me..
And not saying it straight to my face that you cared what I did or will do
Then I'm better off alone.


Sunday, March 6, 2011

Sabtuku dicuri orang

Haish minggu ni aku dapat cuti sehari aje..kenapa??
sebab sekolah dah curi sabtu aku untuk LDP (latihan dalam kumpulan)
yea cikgu pun sekarang gi sekolah kene blaja..
sekarang kementrian nak jadikan cikgu ni sebagai orang2 yang belajar secara berterusan supaya otak cikgu2 ni berkembang..
ini bermakna makin kurang cuti dan makin banyak lah muke ko kat sekolah tu..
dugaan....teehehe

tapi nasib baik ldp tu ada mende2 yang boleh aku aplikasikan kat sekolah nanti.
die citer pasal elearning, nak bagi budak2 ni terdedah dengan ict.
supaya die orang boleh jugakan ict dengan cara yang betul dan berfaedah.
die ajar bacis2 aje macam blog aje sebenarnye.
platform die, die gune moodle so kalu cikgu2 nak buat kuiz2 atau lectrure notes online to senang la sebab die ada achieve.


tuh aku letak tepi lah kan..yang paling aku nak highlight kat sini ialah AGM PIBG sekolah tu..
huiyoooo cikgu 53 orang..ibu bapa..8 ketul aje??
kerusi kosong aje yang penuh..
macam ni lah ibu bapa zaman sekolah.
bile diberi platform nak bersuara lantang tak mau plak gunekan sebaik mungkin
tapi bile dah takde, ha mule lah sibuk2 nak datang sekolah komplain itu ini kan??
heeee mmg lah mengong die orang ni seme.

ape nak jadi lah dengan orang zaman2 sekarang ni.
lepas tangan macam gitu aje..
*aku tau aku mmg banyak komplain dalam blog aku ni*
tapi ape2 pun, aku harap tak jadi seperti ape yang aku cakap dalam blog ni.
aku nak jadi orang yang tak menuding jari kat orang lain kecuali kat diri sendiri atau mmg betul orang tu terbukti salah.

ape2 pun pergantungan aku hanya padaNYA,
sebab aku percaya segala yang berlaku kat diri aku dalam dunia perguruan ni ada hikmah nye.
Aku hanya merancang tapi yang merencana idup aku hanyalah DIA, sebab DIA lah sebaik2 perancang =)

Saturday, March 5, 2011

Budak2..hmpfh~


jap2 bagi aku mengeluh dulu....haish~

okeh dah...ape akan korang buat kalu kene kutuk dengan murid kat depan seluruh kelas??
heh..minggu ni aku yang kene macam tu..seb bek la aku ni jenis yang tak maki hamun and sepak terajang orang kan..hehe dan nasib baik la kutukan tu aku ambil sebagai kutukan membina.

oh well tengok lah ko tu budak2..tak kenal dunia luar. aku dah jalan merata dah wei tak heran lah kutukan ko tu. akan tetapi aku ambil pengalaman ini sebagai satu cabaran baru untuk membentuk budak tuk untuk jadi lebih baik. aku yakin die tak berniat pun nak buat macam tu..cume die tengah emo tahap gaban time tu.

takpe...aku sebagai cikgu kene jadi penyabar and positif dengan kemungkinan yang ada...orang kata jangan buruk sangka (su'uzon) kalu kite tak dapat senaraikan 70 kebaikan kat seseorang. so by the time ko jumpe 10 kebaikan die ko penat dah nak pikir..haha

ape2 pun kesimpulan nye, marah tak mendatangkan kebaikan. memudaratkan kesihatan dan awet muda lagi ada la =P

Tuesday, March 1, 2011

Liku-liku di sekolah



Taun ini blog ini akan bertukar bahasa...
kenapa?? sebab aku dah berkarat bm nye..
jadi kenelah buat latihan supaya aku leh jadi lebih terror dalam bm
kata 1 mesia kan..hahaha

dan kali ini juge blog aku akan jadi sangat sempoi sebab:
1. aku tak de masa
2. aku mmg tak de mase
3. MASE takde tuk aku..hahah

ape2 pun..jadi guru praktikal ni mmg memenatkan sebab gile banyak keje dan banyak komitment dengan dunia persekolahan. tapi pulangan die sangat seronok bile aku dapat lihat dengan mata kepala sendiri yang die orang ni boleh paham ape yang aku ajar.



ada lah jugak kadang2 bebudak ni dungu tahap gaban kan, tapi takpe berkat kesabaran dan cuba jaya aku ke atas bahan2 eskperimen aku ni insyAllah kite sama2 menuju kejayaan macam laungan azan tu. sorry anak2 muridku....cikgu ni masih belajar lagi so kalu korang kene kutuk kire zero2 eh sebab korang pun sure2 ada kutuk cikgu juge..ahaha so give and take people.

so lesson untuk hari ini: Terima setiap individu seadanya, sama buat perubahan untuk menuju kejayaan..

sekian~

Friday, February 11, 2011

Mengapa lelaki harus berkahwin dengan seorang CIKGU?


1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

Wednesday, January 12, 2011

Rezeki bukan datang bergolek

Tak paham dengan sikap sesetengah orang yang hanya bergantung pada elaun semata2. Kalu takat nak bayar tuk duit pengajian pun nak berkira. Tapi kalu berjoli tuh sedap pulak lenjan duit sampai abes. Pegi sana sini tak hengat dunia. Haish ntah lah manusia...tak ingat akan masa depan. Betul lah pepatah melayu yang kata bile dah terhantuk baru nak terngadah. Lepas tu dok merungut bile nak kene bayar benda2 penting. Bila minta bayar nak tunggu sampai duit masuk.

fikir2 lah mase depan dan rancanglah perbelanjaan anda. =)


Panduan dari AlQuran

"Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." Surah at-Thalaq : ayat 3


"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." Surah Ibrahim : ayat 7


"Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan." Surah Al-A'raf : ayat 96


"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa." Surah Thahaa : ayat 132

Tuesday, January 11, 2011

11-01-2011


A year has passed and so much memories overwhelmed me.
I didn't notice this date was pretty much interesting as accordance with the year =P.

Teehehe keep calm...don't be so happy about...darn it!! 0f course i'm happy..
I just don't want to tell it yet for there's something *hopefully it arrives safely* to the owner of me heart =)

Okay2..i have to tell you the truth...yesterday, I just play cool as i don't want to spoil the surprise. So I don't have much to tell. I wanted to wait till tonight. Sorry smelly buns, for i think i have spoiled your mood or some sort. But saying men don't take dates seriously is such a turn off tau. Don't be like that yeh? I love it when u remember all the important dates, in some way it tells me you care and remembered.

So i'm taking this post solely dedicated to the fiancé whom i adore. Happy anniversary baby buns. do you like my little act yesterday? =P SUPRISEEEEEEEE~ I really hope you like the gift i send you. I'm sorry i can't post you a handmade gift. It was my intention generally, but I can't post it since I have transportation problems. So that's the fastest way that i can think of at the moment.

For this year i hope we have many happy moments to come. And this is the year that I dreamed of..you taking me as you lawful wife. It is an honour to be yours truly. I can't portray my feelings with words, but i do hope the message i conveyed reached you.

I love you more now and forever..mmmmmmmuah!



Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby Bun2

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers