Thursday, July 8, 2010

Note to self: Tackling future in Laws

I had this issue concerning this. So I hope to do my best to keep both sides happy. I'm not good with words or such act.. but I'm good with actions for such occasions. Nevertheless, this is just a mental note to myself.


Exracted from the website itself:

Bagaimanakah rasa kali pertama bertemu bakal mertua? Pasti jantung berdegup laju, jari-jemari terasa berpeluh sejuk dan segala benda serba gementar.

Dalam zaman yang serba moden ini, ramai orang akan memperkenalkan pasangan mereka kepada kedua ibubapa semasa dari tahap awal berkawan lagi. Ini adalah untuk memastikan bahawa wanita atau lelaki yang dipilih itu menepati kehendak kedua belah keluarga.
*A good baby step*

Ini juga dapat mengelakkan daripada timbul tentangan dari pihak keluarga apabila hubungan telah bertambah serius. Wanita atau lelaki yang dibawa bertemu keluarga juga boleh menilai samada beliau mahu menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut ataupun tidak.
*A good reasoning which is very realistic*

Jadi apakah yang harus dilakukan pada pertemuan pertama?

Jangan Takut
Kebanyakan bakal menantu sudah ketakutan sebelum bertume calon mentua. Di fikran mereka bakal mertua pasti tidak akan dapat menerima kekurangan dirinya. Ini akan menyebabkan mereka menjadi kaku, sukar untuk melemparkan senyuman dan menjadi tidak tentu arah *mental note: try to control the clumsiness* Jadi untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, hilangkan perasaan takut dan cuba untuk berfikiran positif agar anda mampu bersikap seperti biasa dan lebih yakin untuk berkata-kata.

Jaga Percakapan
Sebaiknya biarkan calon mertua yang mendominasi pembicaraan tetapi jika bakal mertua anda jenis pendiam, jangan anda pula turut mendiamkan diri. Tanyakan beberapa hal sebagai cara beramah mesra.

Hobi
Tanyalah terlebih dahulu kepada pasangan mengenai hobi ibu bapanya. Setelah mengetahuinya, bacalah maklumat tentang hobi mereka. Jika mereka gemar berkebun, anda boleh membawa benih tumbuhan kesukaan mereka ataupun baca mengenai teknik-teknik terbaik untuk menanam pokok di cuaca Khatulistiwa ini. Ini akan memudahkan anda untuk berbual mengenai hobi mereka.


Jadilah Diri Sendiri
Senang untuk dikatakan namum sulit untuk melakukannya. Kebanyakan orang cenderung berpura-pura dan menjadi "orang lain" sewaktu berbicara mahupun berpenampulan. Semuanya kerana ingin dilihat baik di mata bakal mertua. Walhal, adalah lebih baik untuk menjadi diri sendiri untuk membolehkan anda berada dalam keadaan tenang.

Tumpukan Perhatian
Apabila mereka bertanya, jawablah soalan dengan baik. Apabila mereka menceritakan sesuatu, beri perhatian dan dengarlah dengan baik. Ini kali pertama anda bertemu mereka, jadi kurangkan celoteh anda. Anda akan berpeluang untuk berceloteh di lain-lain pertemuan.

Jangan Lupa Memuji
Dalam memuji, anda jangan pernah berdusta atau mengatakan sesuatu secara berlebihan. Carilah hal-hal yang anda rasakan benar-benar layak dipuji. Seperti masakannye yang enak, keramahannya ataupun keadaan rumahnya yang bersih.

Jadilah Sopan
Orang tua pasti suka anak muda yang sopan. Apapun kekurangan diri anda, ia cenderung terlindung dek sikap anda yang baik itu. Murahkan senyuman, ringakan mulut untuk mengucapkan terima kasih pada pujian atau tawaran, beri salam ketika datang dan pulang dengan berjabat tangan tanda hormat pada orang tua.

Bawa Buah Tangan
Tujuan anda menemui mereka adalah untuk mengambil hati mereka bukan? Maka tiada salahnya jika anda membelikan buah tangan seperti buah-buahan atau kuih-muih. Ini akan mengambarkan bahawa anda bukanlah seorang yang kedekut.

Kekasih Lama *definitely a NO-NO*
Walau macamana hebat pun bekas kekasih anda, jangan sekali-kali anda bercerita mengenai bekas kekasih di hadapan bakal mertua. Walaupun bekas kekasih anda adalah anak saudara kepada bakal mertua. Elak untuk menjawab secara spesifik.

Kesesuaian Pakaian
Pastikan anda berpakaian kemas dan rambut tersisir rapi. Bagi yang lelaki,elakkan daripada memakai jeans koyak walaupun ianya fesyen terkini. Bagi yang wanita,paling selamat,anda boleh memilih untuk memakai baju kurung dan jangan kenakan mekap yang keterlaluan.

Ringan Tulang
Jika tuan rumah menjamu makanan, bagi wanita eloklah kiranya anda melawat ke dapur samada untuk membantu menyiapkan hidangan ataupun setelah selesai, anda boleh membantu mengemaskan meja. Walaupun tuan rumah medesak supaya anda tidak membantu, sekurang-kurangnya angkatlah pinggan anda ke dapur.

Bersedia Untuk Menerima Kritikan
Calon mertua selalunya akan menolak anda dengan berbagai-bagai alasan. Sebagai usaha memenangi hati mereka, hormati apa jua pendirian mereka, namun dalam masa yang sama jangan berdendam atau membenci mereka kerena tanya anda sedari, kebencian itu akan terpancar terus dari raut wajah dan cara percakapan anda. Ini akan mendalamkan lagi jurang pemisah antara anda dan mereka. Yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka akan dapat menerima anda jua akhirnya, sama seperti anak mereka sendiri

Ingat Hari Berkaitan *mental note after 1st impression*
Contohnya seperti ketibaan Hari Ibu,Ulang Tahun Perkahwinan,..Hari Bapa dan Hari lahir,jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu.Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah.Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.


Bukan bakal mertua sahaja yang sedang membuat penilaian terhadap anda,bahkan anda juga berhak untuk membuat penilaian terhadap keluarga tersebut. Anda seharusnya menilai samada anda boleh menerima cara hidup mereka kerana setelah berkahwin nanti, mereka juga akan menjadi sebahagian daripada hidup anda.

credits: http://www.sim.org.my

So am I REALLY,REALLY prepared?


Quoted:
Faz: haha dont worry la ija..
Faz: u r gud with org tua

I hope so too! (^__^)

No comments:

Post a Comment


Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Baby Bun2

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers